Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Saturday, March 31, 2012

Pertandingan Perahu Panjang Sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah

31/03/2012 , Tanjung Chali Alor Setar

MDP menyertai Pertandingan Perahu panjang Sukan Air di Tanjung Chali, Alor Setar bersempena KePuteraan DYMM Yang DiPertuan Agung, Sultan Kedah. Pasukan Perahu Panjang MDP berjaya memasuki pusingan akhir setelah berjaya mengalahkan pasukan Yan ketika saringan. Pasukan dari Pokok Sena mendapat tempat pertama, Padang Terap mendapat tempat kedua, dan MDP mendapat tempat ketiga. Walaupun mendapat tempat ketiga, wira wira MDP tetap disanjung kerana telah mengharumkan nama MDP, syabas dan tahniah di ucapkan. Tahun depan cuba lagi, yakin boleh! :)


Persediaan awal menaikkan semangat kumpulan

bersedia dengan memakai jaket keselamatan

Persiapan terakhir sebelum masuk menaiki perahu panjang

Bersama Penolong Pengurus Encik Syukri Jusoh

Pantun 2 Kerat Untuk Pasukan Perahu Panjang MDP
Anak Itik Dalam Guni
Tahun Depan Cuba Lagi

:)


Thursday, March 29, 2012

DYMM Yang DiPertuan Agung merasmikan Masjid As-Syakirin di Tokai Pendang

29/03/2012, Tokai, Pendang

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung mencemar duli merasmikan Masjid As-Syakirin di Tokai Pendang. Majlis bermula pada pukul 12:30 tengah hari. 

Ketibaan DYMM Yang Di Pertuan Agung




DYMM Yang Di Pertuan Agung diiringi oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah

Orang ramai yang hadir yang berada di dalam Masjid

Pengacara Majlis

Bacaan Ayat suci Al-Quran

Ucapan aluan oleh Tuan YDP

Titah Perasmian oleh DYMM Yang DiPertuan Agung

DYMM Yang Di Pertuan Agung menandatangani plak perasmian


Cenderamata dipersembahkan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung


Santapan DiRaja

Khemah tetamu

Thursday, March 8, 2012

Program Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri di PICC Puntrajaya

08/03/2012 - Program Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri di PICC Puntrajayaa

MDP menghantar beberapa orang wakil bagi menghadiri program ini yang berlangsung di Putrajaya.
YAB PM turut menyampaikan amanat dan memansuhkan penggunaan sistem SBPA (sila rujuk www.jpa.gov.my ) bagi maklumat lanjut



Ketibaan YAB PM, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam

Ramai Penjawat awam yang hadir, penuh sesak dewan PICC , semuanya mengharapkan yang terbaik dari YAB PM

Ucapan aluan dari Presiden Ceupec

Anggota MDP bergambar kenangan

Selesai acara






Wednesday, March 7, 2012

Perjumpaan Bulanan dan Ceramah AADK

07/03/2012 - Bilik Gerakan, Majlis Daerah Pendang

Setiap hari rabu awal bulan, perjumpaan diantara anggota MDP dengan Tuan YDP, Tuan SU dan Tuan PSU diadakan. Perjumpaan ini didahului dengan solat sunat Dhuha, ucapan dan amanat dari Tuan YDP, pemberian cenderamata ulang tahun kelahiran anggota MDP, dan diakhiri dengan jamuan ringan. 

yang menariknya pada perjumpaan bulanan pada bulan March ini, satu taklimat mengenai bahaya dadah telah disampaikan oleh pihak AADK. Taklimat ini bertujuan bagi meningkatkan pemahaman anggota MDP tentang bahayanya najis dadah ini. Pemeriksaan urine kepada semua anggota MDP juga dilakukan bagi memastikan semua anggota MDP bebas dari najis dadah.


Selesai solat sunat Dhuha

Ucapan dan amanat dari Tuan YDP

Cenderamata Hari Ulangtahun Kelahiran

Diantara penerima cenderamata , Encik Yusoff Saad

Penerima cenderamata ulangtahun kelahiran - Encik Johari Abdul

Penerima cenderamata ulangtahun kelahiran - Encik Mustomi Yahya 

Penerima cenderamata ulangtahun kelahiran - Encik Zainon Bahari

Ceramah dari Wakil AADK

Pendaftaran bagi melakukan Ujian Urine

Pegawai AADK yang menjalankan pemeriksaan Urine

MDP menyokong usaha usaha menghindarkan penduduk Pendang dari bahaya najis dadah.

MDP Benci Dadah