Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Wednesday, January 15, 2025

Permohonan & Pembaharuan Lesen Perniagaan secara dalam talian (Online) di MAJLIS DAERAH PENDANG

 

 
Kini, Permohonan & Pembaharuan Lesen Perniagaan
secara dalam talian (Online) di MAJLIS DAERAH PENDANG .
 
Selepas ini tidak perlu lagi ke kaunter Jabatan Majlis Daerah Pendang untuk memohon & memperbaharui lesen perniagaan kerana boleh dilakukan di rumah, pejabat atau mana-mana sahaja anda berada.
 
Sila layari :- elesen.kpkt.gov.my
 
Maklumat Lanjut, Hubungi :-
Tel : 04-7596077
Email : aduan@mdpendang.gov.my
 

Tuesday, January 14, 2025

HEBAHAN : APLIKASI MOBIL PBTPay ( Semakan dan Bayaran Cukai Taksiran, Kompaun & Sewa Premis MDP




 HEBAHAN : APLIKASI MOBIL PBTPay

Aplikasi Mobil PBTPay telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersempena dengan Pelancaran Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Konvensyen PBT 2024. Aplikasi Mobil PBTPay boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.
Jom seluruh warga PBT untuk muat turun Aplikasi Mobil PBTPay.

"MALAYSIA MADANI"
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN