Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Tuesday, December 22, 2020

KITA ADALAH DUNIA ( 28 DISEMBER 2020 )

 


KITA ADALAH DUNIA ๐ŸŒŽ

Rindu melihat tumbuhan-tumbuhan menghijau?

Rindu akan suasana yang nyaman?

Rindu melihat remaja yang bertanggungjawab?

Rindu akan komuniti yang harmoni?

Anda pegawai agensi kerajaan negeri dan pusat yang inginkan perubahan?

Anda ketua masyarakat yang peka dengan alam sekitar?

Anda ketua pertubuhan bukan kerajaan yang bersungguh ingin mengubah komuniti?

Anda ketua pertubuhan kebajikan yang ingin membela nasib komuniti?

Anda ketua pertubuhan belia yang ingin memperkasa golongan belia?

Anda ketua pertubuhan wanita yang ingin memperkasa kan golongan wanita?

Inilah PROGRAM yang anda cari.

Kita Adalah Dunia ( KAD), adalah sebuah program yang membincang kan bagaimana membumikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)  yang di perkenalkan oleh UN (United Nation) pada tahun 2015 di Malaysia.

Inisiatif ini adalah kerjasama antara Pejabat Ahli Parlimen Pendang, Kumpulan Parti Rentas Parlimen (APPGM) untuk Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, sebagai satu bentuk pengenalan kepada semua kakitangan sektor kerajaan dan badan kepimpinan masyarakat akan kepentingan SDG dalam menjaga ekosistem antara manusia dan alam, selaras dengan WKB 2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama) Malaysia.

Garis panduan SDG telah banyak dipraktikan di seluruh dunia dengan impak yang sangat positif kepada masalah yang dihadapi oleh komuniti.

Program ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ—“️: 28 Disember 2020
⏰: 9.00 pagi hingga 5 petang
๐Ÿ“: Dewan Teratai, Majlis Daerah Pendang, Kedah

❗Pendaftaran adalah PERCUMA❗

Sila klik link dibawah ๐Ÿ‘‡

JOM bersama membangunkan komuniti.

SEMINAR LOKALPRENEUR 2020 ( 27 DISEMBER 2020 )


SEMINAR LOKALPRENEUR 2020 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ”ฐAnda adalah seorang usahawan?

๐Ÿ”ฐAdakah anda mahu untuk menambah baikkan perusahaan anda?

๐Ÿ”ฐBerminat untuk belajar dan bersama dengan komuniti perusahaan sosial demi memajukan Pendang?

Seminar LokalPreneur adalah seminar dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Pendang, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM), Pejabat Daerah dan Tanah Pendang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang telah digariskan oleh United Nation sejajar dengan asprasi Negara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan ekonomi. 

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan perusahaan komuniti kepada masyarakat dan seterusnya membina ekosistem perniagaan komuniti yang berimpak. 

Seminar ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ—“️: 27 Disember 2020
⏰: 9.00 pagi hingga 5 petang
๐Ÿ“: Dewan Cendrawasih, Majlis Daerah Pendang, Kedah

Seminar ini akan melatih bakat bakat yang berpotensi dalam dunia perusahaan sosial.

Berminat? 
Jom daftarkan diri anda di;

https://bit.ly/LPSeminar

❗Pendaftaran adalah PERCUMA❗

Mari bersama sama kita sertai seminar yang bakal menambah baikkan perusahaan anda. 

Perusahaan Komuniti Untuk Semua


 

Hutan Lipur Sungai Rambai, Bukit Perak, Pendang Kedah.


Hutan Lipur Sungai Rambai, Bukit Perak, Pendang Kedah.


Saturday, December 19, 2020

Karnival PENJANAKERJAYA Negeri Kedah 2020 di Dewan Cenderawasih, Pendang...


Berita baik buat semua warga Zon Utara!
 
EIS PERKESO kini kembali dengan Karnival PENJANAKERJAYA Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah 2020 yang akan diadakan di Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang, Kedah pada 26 Disember 2020 nanti.
 
Apa yang ada di sana? Kami menawarkan lebih 1,500 jawatan kosong daripada majikan pelbagai sektor yang akan menemuduga anda secara terus. Ianya terbuka kepada semua golongan pencari kerja. Selain itu, kami juga menyediakan kaunter kaunseling kerjaya dan kaunter resume untuk membantu anda dalam persediaan ke temuduga.
 
Pakat habaq dekat semua keluarga dan rakan anda untuk mai beramai-ramai ke Karnival PENJANAKERJAYA Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah 2020.
 
Apa tunggu lagi, berdaftarlah dengan segera di https://careerfair.perkeso.gov.my.
 
Pastikan anda mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
 
Jumpa anda disana!
 
#EISPERKESO
#PERKESO
#PersonalizingYourEmploymentNeeds
#YourPublicEmploymentServices
#PERKESOPrihatin
#EISJobCarnival
#mailekaihpipendang2020

Tuesday, December 1, 2020