Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Tuesday, December 22, 2020

KITA ADALAH DUNIA ( 28 DISEMBER 2020 )

 


KITA ADALAH DUNIA 🌎

Rindu melihat tumbuhan-tumbuhan menghijau?

Rindu akan suasana yang nyaman?

Rindu melihat remaja yang bertanggungjawab?

Rindu akan komuniti yang harmoni?

Anda pegawai agensi kerajaan negeri dan pusat yang inginkan perubahan?

Anda ketua masyarakat yang peka dengan alam sekitar?

Anda ketua pertubuhan bukan kerajaan yang bersungguh ingin mengubah komuniti?

Anda ketua pertubuhan kebajikan yang ingin membela nasib komuniti?

Anda ketua pertubuhan belia yang ingin memperkasa golongan belia?

Anda ketua pertubuhan wanita yang ingin memperkasa kan golongan wanita?

Inilah PROGRAM yang anda cari.

Kita Adalah Dunia ( KAD), adalah sebuah program yang membincang kan bagaimana membumikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)  yang di perkenalkan oleh UN (United Nation) pada tahun 2015 di Malaysia.

Inisiatif ini adalah kerjasama antara Pejabat Ahli Parlimen Pendang, Kumpulan Parti Rentas Parlimen (APPGM) untuk Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, sebagai satu bentuk pengenalan kepada semua kakitangan sektor kerajaan dan badan kepimpinan masyarakat akan kepentingan SDG dalam menjaga ekosistem antara manusia dan alam, selaras dengan WKB 2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama) Malaysia.

Garis panduan SDG telah banyak dipraktikan di seluruh dunia dengan impak yang sangat positif kepada masalah yang dihadapi oleh komuniti.

Program ini akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

🗓️: 28 Disember 2020
⏰: 9.00 pagi hingga 5 petang
📍: Dewan Teratai, Majlis Daerah Pendang, Kedah

❗Pendaftaran adalah PERCUMA❗

Sila klik link dibawah 👇

JOM bersama membangunkan komuniti.

No comments:

Post a Comment