Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Saturday, December 19, 2020

Karnival PENJANAKERJAYA Negeri Kedah 2020 di Dewan Cenderawasih, Pendang...


Berita baik buat semua warga Zon Utara!
 
EIS PERKESO kini kembali dengan Karnival PENJANAKERJAYA Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah 2020 yang akan diadakan di Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang, Kedah pada 26 Disember 2020 nanti.
 
Apa yang ada di sana? Kami menawarkan lebih 1,500 jawatan kosong daripada majikan pelbagai sektor yang akan menemuduga anda secara terus. Ianya terbuka kepada semua golongan pencari kerja. Selain itu, kami juga menyediakan kaunter kaunseling kerjaya dan kaunter resume untuk membantu anda dalam persediaan ke temuduga.
 
Pakat habaq dekat semua keluarga dan rakan anda untuk mai beramai-ramai ke Karnival PENJANAKERJAYA Kementerian Sumber Manusia Negeri Kedah 2020.
 
Apa tunggu lagi, berdaftarlah dengan segera di https://careerfair.perkeso.gov.my.
 
Pastikan anda mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
 
Jumpa anda disana!
 
#EISPERKESO
#PERKESO
#PersonalizingYourEmploymentNeeds
#YourPublicEmploymentServices
#PERKESOPrihatin
#EISJobCarnival
#mailekaihpipendang2020

No comments:

Post a Comment