Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Thursday, January 26, 2012

Kursus Pengendalian Makanan

26/01/2012, Bilik Gerakan, Majlis Daerah Pendang

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai mendidik dan mendedahkan para pengendali makanan dengan cara cara yang betul dan selamat dalam pengendalian makanan. Kursus ini adalah wajib bagi setiap pekerja dan pemilik kedai makan. Yuran RM50 dikenakan bagi mengikuti kursus ini. Pihak pengendali kursus, iaitu Bima Asas Enteprise telah dipilih oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi mengendalikan kursus ini. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti kursus ini, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Pendang bagi mendapatkan jadual kursus Pengendalian Makanan yang seterusnya. sila hubungi di nombor
 04 -759 6077

Diantara peserta yang hadir

Slide pembentangan digunakan bagi memudahkan kefahaman peserta

Penceramah memberikan penerangan mengenai paparan slide

Diantara Peserta Kursus

Peserta tekun mendengar kursus

Penceramah turun dibantu oleh 2 orang pegawai dari Bima Asas Enteprise  
Dengan adanya kursus kursus seperti ini, mutu makanan yang disediakan akan lebih terjamin kebersihannya dan dikendalikan dengan cara yang betul.


No comments:

Post a Comment