Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Saturday, March 31, 2012

Pertandingan Perahu Panjang Sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah

31/03/2012 , Tanjung Chali Alor Setar

MDP menyertai Pertandingan Perahu panjang Sukan Air di Tanjung Chali, Alor Setar bersempena KePuteraan DYMM Yang DiPertuan Agung, Sultan Kedah. Pasukan Perahu Panjang MDP berjaya memasuki pusingan akhir setelah berjaya mengalahkan pasukan Yan ketika saringan. Pasukan dari Pokok Sena mendapat tempat pertama, Padang Terap mendapat tempat kedua, dan MDP mendapat tempat ketiga. Walaupun mendapat tempat ketiga, wira wira MDP tetap disanjung kerana telah mengharumkan nama MDP, syabas dan tahniah di ucapkan. Tahun depan cuba lagi, yakin boleh! :)


Persediaan awal menaikkan semangat kumpulan

bersedia dengan memakai jaket keselamatan

Persiapan terakhir sebelum masuk menaiki perahu panjang

Bersama Penolong Pengurus Encik Syukri Jusoh

Pantun 2 Kerat Untuk Pasukan Perahu Panjang MDP
Anak Itik Dalam Guni
Tahun Depan Cuba Lagi

:)


No comments:

Post a Comment