Laman Blog Rasmi Majlis Daerah Pendang

Saturday, August 24, 2013

Program Kebersihan dan Kawalan Tikus Peringkat Daerah Pendang

24/08/2013 - Rekreasi Hutan Lipur, Bukit Perak, Pendang -

Program Kebersihan dan Kawalan Tikus ini adalah program yang berlangsung seluruh negara pada tarikh yang sama. program ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan penjagaan kebersihan dikalangan orang ramai. program ini menyeru penglibatan orang ramai bagi terlibat secara langsung dalam penjagaan kebersihan, termasuk di tempat tempat awam. Ia juga sejajar dengan kawalan tikus yang menyebarkan virus leptospirosis yang sangat merbahaya. Program Kebersihan dan Kawalan Tikus Peringkat Daerah Pendang ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Rahman Bin Haji Ismail, Pegawai Daerah Pendang.




Tuan Pegawai Daerah menyampaikan ucapan perasmian

Ahli Majlis MDP turut hadir memberikan sokongan padu

ucapan Tuan Pegawai Daerah kepada orang ramai yang menyertai program ini

Plak Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Pendang 2013

Tuan Pegawai Daerah menandatangani plak pelancaran

Plak Kempen Kebersihan dan Kawalan Tikus Peringkat Daerah Pendang 2013

Tuan Pegawai Daerah melawat kawasan Rekreasi Hutan Lipur  Bukit Perak

diantara peralatan kebersihan yang disediakan
Sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai



Orang ramai bersiap sedia untuk menjalankan pembersihan kawasan






orang ramai dari pelbagai kaum turut menyertai program ini yang menggambarkan keharmonian negara kita

No comments:

Post a Comment